Selasa, 26 September 2017

Gadis Malaysia Meninggal Dunia Selepas Digigit Serangga Di Turki

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Meninggal Dunia Selepas Digigit Serangga Di Turki

Seorang rakyat Malaysia berusia 27 tahun meninggal dunia di Istanbul, Turki dipercayai akibat gigitan serangga selepas menaiki belon udara panas di Cappadocia, kelmarin.
Perkara itu disahkan oleh Pengurusan Syarikat Pelancongan IBC Tours yang menguruskan pakej percutian mangsa berkenaan di Turki.
Mangsa yang mengikuti pakej pelancongan di Turki bermula 16 sehingga 24 September bersama keluarganya sebelum arwah dimasukkan ke hospital kerana terkena gigitan.
Pengarah Syarikat IBC Tours Corporation Sdn Bhd Mohammad Rizal Narusuddin berkata, mangsa, Noor Azmeera Sahudin tidak menyedari berhubung gigitan berkenaan dan hanya mengadu mengalami kegatalan saja.
“Ketika kami membawa pelancong melawat di Cappadocia, mangsa menaiki belon udara panas dan dipercayai digigit sesuatu di bahagian kaki, sama ada labah-labah atau serangga.
“Kemudian, mangsa mengadu mengalami gatal-gatal. Tiga hari kemudian mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kaki dan ketua pelancong kami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di sebuah hospital di Bursa.
“Doktor di hospital Bursa memberikan ubat seperti antibiotik, namun mangsa sekali lagi mengadu sakit sehingga ke bahagian pinggang. Kemudian, mangsa terus dibawa ke Hospital Besar Istanbul,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Mohammad Rizal berkata, doktor mengesahkan bahawa mangsa digigit sesuatu dan racun itu sudah merebak ke bahagian pinggang.
Katanya, wakil IBC Tours berada dengan mangsa daripada hari pertama di hospital sehingga kritikal dan menguruskan pengkebumian termasuk kepulangan keluarga mangsa ke Malaysia.
Beliau berkata, pihak IBC Tours menerima panggilan jam 9 malam kelmarin bahawa mangsa sudah meninggal dunia di hospital itu.
“Kami mengambil tanggungjawab dan menghubungi syarikat insurans mangsa untuk menguruskan jenazah supaya dibawa pulang ke Malaysia, namun keluarga mangsa mahu arwah dikebumikan di Turki.
“Sehingga kini, kami belum mendapat laporan perubatan lengkap berhubung punca kematian, cuma doktor yang merawat arwah mengesahkan mangsa terkena gigitan,” katanya.
Katanya, IBC Tours menguruskan kepulangan keluarga sebaik urusan pengkebumian jenazah selesai di Turki.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: