Sabtu, 9 September 2017

Dialah Bapa segala serakah,R0g0l Anak Sendiri Di Mekah Hingga Keluar Najis!!

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Dialah Bapa segala serakah,R0g0l Anak Sendiri Di Mekah Hingga Keluar Najis!!
Seorang bapa berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan kerana didakwa dengan 623 pertuduhan rogol, liwat, sumbang mahram. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Sejak pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh yang melakukan sumbang mahram, serangan seksual dan liwat terhadap anak kandungnya berusia 15 tahun pada 9 dan 10 Ogos lalu, rakyat Malaysia terus menghalakan fokus terhadap kes tersebut.


Kejutan berlaku pada hari pendakwaan apabila tertuduh didakwa meliwat anaknya tiga kali sehari termasuk pada bulan Ramadan.

Namun, pendedahan fakta kes pada prosiding hari ini lebih mengejutkan.

Tatkala Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali membacakan fakta kes dalam nada sebak, tiba-tiba penulis dan rata-rata mereka yang hadir termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tersentak.

Mana tidaknya, pendedahan demi pendedahan dilakukan.


PERTAMA KALI DI MEKAH

Dalam fakta kes yang dibacakan, mangsa didakwa telah diliwat buat pertama kali oleh tertuduh ketika berusia 13 tahun semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah pada 3 April 2015.

Mangsa mendakwa dihempap dari belakang, ditarik seluar, ditutup mulut dan tertuduh memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa.

Malah, terdapat satu kejadian di mana mangsa menjerit kesakitan dan sehingga terkeluar najis akibat terlalu menahan sakit.

Itu antara sebahagian daripada ratusan siri trauma dan keperitan dilalui mangsa yang diceritakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

KEMALUAN KOYAK

Turut dibacakan adalah laporan perubatan dari dua buah hospital yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa.

Memetik laporan perubatan obstetrik dan ginekologi (O&G) sebuah hospital kerajaan, terdapat kesan luka lama pada kemaluan mangsa.

Selain itu, laporan perubatan pembedahan awam hospital berlainan turut mendapati ada luka baru pada kemaluan mangsa.



JANGAN ADIK JADI MANGSA

Mangsa tinggal bersama bapanya sejak Januari tahun ini selepas ibu bapanya bercerai dan dia memberitahu ibunya mengenai kejadian itu setelah mengetahui bapanya akan mengambil dua adiknya untuk tinggal bersama mereka dan dia takut perkara sama berlaku kepada adik-adiknya.

Laporan polis mengenai kejadian dan perbuatan lelaki itu dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25  Julai lepas.

Pastinya, kes ini telah terpahat dalam lipatan sejarah jenayah juvana negara apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan lelaki itu merupakan tertuduh pertama negara ini yang didakwa atas beratus-ratus pertuduhan melibatkan jenayah serangan seksual.



'Inilah kes paling keji pernah aku lapor!'


PUTRAJAYA
: “Inilah kes paling keji pernah aku lapor sepanjang 22 tahun jadi reporter,” luah seorang wartawan senior sambil menahan marah.

Wartawan tersebut meluahkan perasaannya selepas prosiding berehat seketika sekitar jam 9.45 pagi.

Ketika itu, semua wartawan berkumpul di kawasan pemerhati sambil meneliti jumlah pertuduhan liwat yang telah dibacakan terhadap tertuduh.

“Habis tu kak, selama ni tak ada ke kes yang macam ni?” soal saya kepada wartawan senior tersebut.

“Tak ada la sampai tahap macam ni. Lebih 600 pertuduhan kot!

“Jumlahnya setakat 9.45 pagi, ialah 120 pertuduhan yang dibaca untuk hari ini sahaja,” katanya kepada kami di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya.

Perbincangan seperti ini satu perkara biasa dalam kalangan wartawan bagi memastikan penjumlahan kes serta maklumat yang dilaporkan tepat.

Selepas sesi rehat kedua, ketika jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, semua petugas media berpandangan sesama sendiri tergamam ketika kertas pertuduhan bernombor 168 dibacakan jurubahasa mahkamah, S. Umma kepada tertuduh.

“Pertuduhan sama bagi kes sama untuk tarikh 28 Mei 2017………………” kata jurubahasa tersebut sambil memandang tertuduh yang memakai kemeja-T kelabu berseluar jeans biru.

“Bila kita mula puasa hari tu?” tanya seorang wartawan akhbar tabloid dari Putrajaya.

“27 Mei 2017,” jawab saya ringkas.

“Weh! Takkan masa bulan puasa pun.....?” katanya dengan muka kecewa menggelengkan kepala sambil tangan sibuk menaip maklumat di telefon pintarnya.

Ketika itu, semua wartawan masing-masing mengerutkan dahi sambil memasang telinga mendengar bait-bait pertuduhan yang dibaca dengan suara yang agak perlahan kepada tertuduh.

“Kalau ikut trend pertuduhan ni, sejak Januari dia buat ‘kerja’ ni,” soal seorang wartawan wanita dengan penuh emosi separa berbisik ketika menyenaraikan senarai pertuduhan yang dibacakan kepada bapa berusia 36 tahun itu.

S. Umma, jurubahasa membaca pertuduhan terpaksa berulang alik dari tempat duduk pendakwa raya ke kamar tertuduh sekurang-kurangnya 110 kali sepanjang prosiding yang bermula sejak 8.50 pagi Khamis di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, Putrajaya.

Ketika prosiding berlangsung, Hakim Yong Zarida Sazali turut mengambil keputusan untuk berhenti sebentar sebanyak dua kali bagi memberi peluang tertuduh dan jurubahasa berehat sebentar.

Tertuduh pula hanya mampu berdiri dengan tangan bergari mengangguk perlahan ketika pertuduhan dibaca.

Kumpulan wartawan yang bertugas di lokasi kali ini berdepan dengan kes yang amat mengejutkan, bukan saja dalam kalangan pihak berkuasa, pengamal undang-undang dan petugas media, malah ia suatu yang sangat dahsyat hingga mencetuskan kemarahan seluruh rakyat negara ini.

Dalam perbicaraan itu, tertuduh dilihat mengetepikan peranannya sebagai seorang bapa yang sepatutnya melindungi anak sendiri.

Jika benar segala pertuduhan itu, maka ia 'mencabul' erti kasih sayang dan kepercayaan keluarga, apabila melakukan perbuatan terkutuk ke atas darah daging sendiri, beratus-ratus kali.

Sebutan semula kes bapa melakukan jenayah seksual terhadap anak kandung sendiri berusia 15 tahun itu bakal berlangsung pada 18 September ini sementara menunggu laporan kimia dan laporan kesihatan.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: