Khamis, 14 September 2017

BAPA TAK SANGKA ANAK HANGUS KETIKA LALU UNTUK CARI SARAPAN

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
BAPA TAK SANGKA ANAK HANGUS KETIKA LALU UNTUK CARI SARAPAN

Shah Alam – Seorang anggota TUDM tidak menyangka gerak hatinya untuk lalu di hadapan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada jam 5.40 pagi tadi membuatkan dia terkejut besar  melihat kebakaran berlaku pada madrasah tempat anak keduanya, belajar.

Sarjan Mohd Zamzuri Zakaria, 35, berkata, jarak dari rumah dengan pusat tahfiz hanya 300 meter dan ketika itu dia keluar untuk mencari sarapan.



Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung keluar mayat pelajar tahfiz sekolah Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar hari ini.



“Saya lihat asap dan pasukan bomba sedang memadam kebakaran.. masa tu semua sudah hangus, tidak ada suara atau jeritan pun dari dalam, semua senyap,” katanya ketika dihubungi GPSBestari, tengah hari tadi.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya, Mohd Aidil Aqmal, 10, pada jam 6.30 petang semalam apabila Mohd Aidil meminta ibunya buat cekodok.


Trak Polis yang membawa mayat mangsa korban kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat hari ini tiba di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengusung mayat mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat di pekarangan Institut
Perubatan Forensik Negara hari ini

“Semalam, kami jumpa sebab dia minta ibunya buat cekodok.. ketika itu Mohd Aidil juga bagi tahu yang tidak tak mahu tinggal di asrama dan minta kami belikan tilam dan bantal.
“Saya hairan mengapa dia minta tilam dan bandal sedangkan pihak pengurusan sudah menyediakan semuanya,” katanya.

Beliau berkata, Mohd Aidil anak kedua daripada empat beradik itu baharu lima bulan belajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

“Saya reda dengan apa yang berlaku.. dia hanya dipinjamkan ALLAH SWT, saya telah tunaikan tanggungjawab, kami pasrah,” katanya.

Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kubur Panjang, Kedah.

Akibat tragedi itu,  seramai 23 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di pusat tahfiz itu yang berlaku pada 5.15 pagi tadi dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Pusat tahfiz itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan.

Seramai 14 murid dan empat guru selamat dalam kebakaran itu.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: