Isnin, 17 Julai 2017

Bila Di Tinggalkan Keseorangan di penjara Fremantle

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Bila Di Tinggalkan Keseorangan di penjara Fremantle

Meremang bulu tengkuk sewaktu ditinggalkan dalam bilik gelap seorang diri antara pengalaman sukar dilupakan ketika mengunjungi Fremantle Prison di Perth baru-baru ini.
Fremantle Prison antara penjara tertua dan satu-satunya bangunan warisan dunia terdapat di Australia BaraIni menjadi lokasi mesti dikunjungi buat peminat sejarah mahupun orang luar ingin mengenali Perth mahupun Australia secara langsung.
Justeru, kesempatan berada di negara kanggaru itu sepanjang sembilan hari bukan sendirian sebaliknya ditemani empat ahli keluarga lain termasuk suami menyaksikan sendiri penjara pernah menempatkan tahanan tentera Britain satu masa dulu.
Perlu diingatkan kepada mereka yang berhasrat ke lokasi terbabit perlulah membeli tiket parkir.
Dinasihatkan anggaran masa lebih dua jam bagi mengelak pembaziran mahupun disaman kerana jangkaan jadual lawatan bagi satu pusingan (one trip) dalam kawasan penjara saja memakan masa satu jam setengah.
Bayaran masuk RM64 dikenakan untuk setiap pengunjung.
Biarpun caj masuk dikenakan mahal, servis diberikan berbaloi terutama penerangan teliti oleh pemandu pelancong tempatan.
Pengunjung tempatan mahupun asing diwajibkan menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk mengelilingi kawasan penjara berkenaan.

Kawasan penjara ini luas dan pemandangan tidak ubah seperti penjara tipikal tetapi suasananya hening menerbitkan rasa seram.
Mereka yang pernah melawat Penjara Pudu semestinya jelas dengan suasana penjara lama ini yang menjadi galeri untuk dikunjungi orang awam.
Perasaan teruja makin meruntun emosi apabila melewati setiap kawasan termasuk galeri menempatkan barangan banduan serta bilik hukuman.
Antara barang pameran sempat dilihat ialah rantai kaki digunakan untuk mengelak banduan melepaskan diri, selain beberapa barang lain termasuklah kayu serta kotak hukuman.
Menerusi pemandu pelancong itu juga banyak fakta menarik mengenai Fremantle Prison antaranya kisah penghuninya seramai 9,721 banduan dibawa menerusi 43 pelayaran.
Katanya, banduan ini dibawa bertujuan untuk kerahan buruh ketika pembukaan penempatan di tiga pekan awal iaitu Perth, Fremantle dan Guildford oleh Kapten
James Stirling dari England. Malah bahan untuk bina penjara itu menggunakan kapal dinaiki banduan itu sendiri.
Selain kisah sejarah banduan, kami juga mendengar kisah sedih serta ngeri setiap penghuni sel di sini mengenai kehidupan seharian mereka. Malah tragedi membabitkan kebakaran berlaku 1988 ketika cubaan melepaskan diri sekumpulan besar banduan turut diceritakan secara terperinci kepada kami.
Kisah tragis itu menjadi penutup menarik kepada lawatan sehari itu. Dalam lawatan sama, kami turut berkesempatan melawat Mandurah yang cukup popular dengan pemandangan indah tepi laut. Menarik mengenai lokasi ini ialah sebenarnya ia menempatkan perumahan elit terletak di muara sungai dan tepi laut.
Sebahagian lokasi dihuni penduduk kawasan ini tiada jalinan darat dan hanya kapal menjadi kenderaan menggantikan kereta menghubungkan perumahan dengan kawasan bandar. Boleh dikatakan semua penduduk kawasan ini memiliki koleksi kapal sendiri.
Natijahnya, kawasan ini juga mempunyai tarikan lain iaitu ikan lumba berenang berhampiran kediaman serta bot penduduk

sumber:https://www.hmetro.com.my/
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: