Ahad, 11 Jun 2017

Hebatnya Mengembara Bersama Rumah Van

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Hebatnya Mengembara Bersama Rumah Van
TIDAK sukar bagi seorang penggemar sukan lasak, Nate Murphy untuk mengembara tanpa perlu pening memikirkan tempat untuk menginap jika pergi ke sesuatu lokasi.
Hal ini kerana pemuda berusia 32 tahun itu telah mengubah suai sebuah van lama menjadi kediaman berkonsepkan tenaga solar yang lengkap dengan bilik mandi, katil dan dapur mini.
“Dengan rumah kecil ini, saya boleh mengembara ke bandar-bandar besar tanpa perlu berbelanja untuk menempah bilik hotel,” ujar lelaki berasal dari bandar terpencil St. Dominick, Cornwall, England.
Murphy yang kini menetap di Yosemite, California, Amerika Syarikat itu berkata, sejak berusia awal 20-an lagi, dia telah menyimpan angan-angan untuk membina sebuah kediaman yang mampu bergerak ke mana-mana sahaja memandangkan dia sangat gemar mengembara.
Menurut Murphy, hobinya yang gemar melakukan aktiviti mendaki cerun batu menyebabkan dia selalu mengembara ke beberapa tempat dan perlu bermalam di situ.
“Saya telah tinggal di dalam van selama lebih setahun dan mengembara merentasi England, Wales, Perancis, Itali, Switzerland dan Sepanyol,” katanya yang merancang untuk menghabiskan masa setahun lagi mengembara bersama rumah mininya itu.
MURPHY menunjukkan van lama berwarna putih sebelum ia diubah suai menjadi sebuah kediaman kecil bergerak.


Sistem solar
Bagi Murphy, dia berasa kehidupan di dalam van sungguh mudah dan selesa kerana kediaman itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik mandi yang menggunakan sistem solar.
Pada mulanya, Murphy tidak mempunyai idea bagaimana untuk menukar sebuah van lama kepada kediaman bergerak termasuk kos penyelenggaraan sebelum dia membuat beberapa rujukan dalam internet.
Dakwanya lagi, cabaran terbesar semasa proses mengubah suai van tersebut adalah, dia perlu menyiapkannya secepat mungkin dan segala kelengkapan yang diperlukan sampai tepat pada masanya.
“Secara keseluruhannya, saya mengambil masa selama 250 jam waktu bekerja dan 50 jam untuk membuat lakaran seperti yang terhasil pada hari ini,” jelas Murphy.
Kini, Murphy bebas untuk mengembara ke merata tempat dan melakukan aktiviti kegemarannya tanpa perlu berbelanja lebih untuk penginapan.
Lebih teruja, Murphy memberitahu, pengembaraannya tidak setakat di bandar-bandar kecil, sebaliknya dia turut pernah menjejaki beberapa buah bandar besar seperti Barcelona, London dan Paris tanpa mengeluarkan kos yang besar.

TEMPAT tidur yang selesa dan luas turut terdapat di bahagian dalam van.


Meneroka
Semasa berada di atas jalan pula, Murphy tidak mengalami banyak masalah semasa memandu berikutan kenderaan itu menggunakan sistem ‘power stereng’, kecuali semasa dia mendaki kawasan berbukit seperti di pergunungan Alps.
Murphy menambah, kegiatan yang dilakukannya juga membuatkan dirinya dapat bergaul dengan masyarakat setempat apabila dia bermalam berhampiran kawasan yang mempunyai penduduk.
Sehubungan itu, Murphy menggalakkan individu lain untuk mencubanya dan memberi jaminan bahawa ia adalah satu aktiviti yang menyeronokkan.
“Sementara masih muda, seseorang itu harus mengambil peluang untuk meneroka apa yang diminati,” kata Murphy.
Menurut Murphy, adakalanya, dia cuma mengambil cuti selama 25 hari dalam setahun untuk mengembara dan menikmati keindahan alam sekitar dengan mengembara bersama van kesayangannya.
sumber kosmo
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: