Ahad, 14 Mei 2017

Musim Bunga Tercantik Di Bulgaria

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Musim Bunga Tercantik Di Bulgaria

Tersenarai di dalam kelompok Kesatuan Eropah (EU), Bulgaria adalah negara yang boleh dikatakan kurang dilawati rakyat Malaysia berbanding negara lain di rantau itu. Bahkan usah terkejut sekiranya ada antara kita tidak mengetahui di mana letaknya negara ini.
Kedudukan geografinya bersebelahan Turki menjadikan ia tergolong dalam gugusan negara Balkan, iaitu bahagian tenggara benua Eropah. Meskipun baru menyertai EU 10 tahun lalu, pembangunan di Bulgaria berkembang pesat dipacu penduduknya seramai tujuh juta orang pada 2016 (Wikipedia).
Bermula Mac hingga Jun datangnya musim bunga. Ia menjadi musim kegemaran pelancong dari Asia khususnya untuk bertandang ke benua Eropah. Suhu yang tidak terlalu sejuk dianggarkan antara 10 hingga 25 darjah Celsius selain landskap sekeliling dipenuhi bunga warna warni menjadi tarikan utama pengunjung.
Pohon dan tanaman yang ‘tidur’ pada musim sejuk kini mula mengeluarkan putik, daun dan bunga dengan pelbagai warna berbeza. Apa yang menariknya di sini berbanding negara lain?
Bunga di mana-mana
Jika tulip sering dikaitkan dengan Turki kerana dikatakan ia adalah negara asal bunga itu, di sini juga tulip ditanam di mana-mana. Sama ada di tepi jalan, taman rekreasi apatah lagi di kawasan tumpuan pelancong, ia memberi warna kepada suasana.
Bukan itu saja, jika ke bahagian lain seperti Yambol, Burgas atau Plovdiv, anda akan melihat panorama berbeza dengan saujana mata memandang luasnya ladang gandum, kepelbagaian bentuk flora dan fauna.
Untuk yang ingin melancong bersama keluarga, Sofia, ibu kota Bulgaria antara lokasi wajib dikunjungi. Perjalanan tidak terbatas sekiranya melancong pada musim ini sekali gus membolehkan anda meneroka beberapa tempat bersejarah dan menarik tanpa perlu memakai pakaian tebal.
Antara lokasi menarik adalah masjid tertua, Banya Bashi. Meskipun pernah berstatus negara komunis, tidak bererti mereka tidak memiliki peninggalan sejarah keagamaan. Malah sejarahnya luar biasa kerana masjid ini tersenarai antara yang tertua di dunia.
Lokasi lain seperti piknik beralaskan hijau rumput dan bunga liar di Yunzhen Park, melihat sendiri keajaiban alam di air terjun tertinggi, Ryasko Paskalo atau ke puncak gunung menikmati pemandangan di Gunung Vitosha. Monumen, muzium, tempat peninggalan sejarah di sini tidak kurang hebatnya. Lebih 30 lokasi berbeza boleh anda lawati meskipun cuma di sekitar kota.
Tradisi Baba Marta

Tradisi musim bunga yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini adalah saling bertukar hiasan yang diperbuat daripada benang merah dan putih. Kerongsang, bunga, rantai kunci atau apa saja. Upacara ini diadakan pada 1 Mac setiap tahun bagi meraikan kedatangan musim bunga.
Sekiranya anda berjalan di taman dan melihat ranting pokok diikat dengan hiasan warna ini, atau apa saja termasuk seseorang memakai gelang tangan, bahkan rantai untuk haiwan peliharaan sekali pun bermaksud tradisi ini masih diwarisi.
Mereka percaya, tamatnya musim sejuk bakal memberikan lebih kegembiraan, kesihatan baik dan tahun lebih bermakna. Dan ia dipanggil ‘Baba Marta’. Bukan hanya masyarakat Bulgaria, tradisi ini turut dikongsi penduduk Romania dengan maksud sama.
Banyak lagi tarikan lain boleh diteroka. Negara yang kurang dilawati memberikan pengalaman baru yang pastinya membuatkan cerita anda lebih unik dan menarik untuk dikongsi.

Metro
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: