Isnin, 3 April 2017

Sakura Landa Dunia

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Sakura Landa Dunia

Seekor burung hinggap di ranting pohon sakura.


Pada masa ini, boleh dikatakan kebanyakan negara yang memiliki tanaman sakura atau cherry blossom sedang menikmati keindahan bunga-bunganya berkembang mekar. Mula kembang pada Februari sehingga April, bunga-bungaan berwarna merah jambu atau putih itu mewujudkan panorama mempesona.
Bukan sahaja di negara sinonim sakura iaitu Jepun, ia juga sedang berkembang di China, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Switzerland.
Sakura ialah bunga-bungaan yang tumbuh pada pokok-pokok prunus. Ia merupakan bunga kebangsaan Jepun.
Di Tokyo, orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan flora itu dengan merakam gambar bunga-bunga sakura yang berkembang di Taman Ueno. Berkembangnya bunga itu menandakan bermula secara rasmi musim bunga di Jepun.
Di Beijing, China, satu festival kebudayaan diadakan di Taman Yuyuantan sempena sakura yang mekar di taman itu. Pelbagai aktiviti diadakan dengan orang ramai membanjiri taman itu untuk berswafoto atau menikmati keindahannya.
Terdapat juga penjual-penjual menjual gula kapas berbentuk bunga sakura untuk menarik perhatian pengunjung.

Keindahan bunga sakura yang mekar dapat disaksikan sekitar Februari hingga April setiap tahun.


Di Washington, AS, kawasan sekitar Washington Monument atau Tidal Basin menjadi tumpuan orang ramai bersantai. Begitupun, pertumbuhan sakura pada tahun ini dikatakan berbeza daripada sebelum ini.
Ini kerana, musim sejuk kali ini dikatakan tamat lewat di AS sehingga menyebabkan banyak bunga sakura yang mati. Disebabkan itu, para pengunjung begitu menghargai baki bunga-bunga itu yang berjaya hidup dan berkembang dalam kondisi berkabus itu.
Di Eropah seperti Jerman dan Switzerland, kerana perubahan cuaca juga, bunga sakura berkembang dalam suasana panas. Di Effurt, Jerman dan Lausane, Switzerland menyaksikan warganya menikmati bunga sakura yang kembang dalam suasana yang cerah.
Kosmo
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: