Rabu, 22 Mac 2017

Hebat...Google Beri Penghormatan Pada P.Ramlee

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Hebat...Google Beri Penghormatan Pada P.Ramlee

PETALING JAYA – Google memberi penghormatan kepada Tan Sri P Ramlee menerusi Doodle enjin carian Internet itu hari ini, sempena sambutan hari ulang tahun pelakon legenda Malaysia itu.
P Ramlee lahir di Setapak, Kuala Lumpur pada 22 Mac 1929 dan hari ini ialah hari ulang tahunnya yang ke-88, jika beliau masih hidup.
Malangnya, P Ramlee yang diangkat sebagai penghibur hebat tanah air, meninggal dunia pada usia 44 tahun pada 29 Mei 1973.
Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru.
Pencapaian seni P Ramlee meninggalkan kesan mendalam terhadap sejarah budaya Malaysia.
Beliau seorang pelakon prolifik, penulis, penyanyi, pemuzik dan komposer yang menyumbangkan lebih 60 filem serta menghasilkan kira-kira 250 lagu sepanjang kariernya.
Selepas kematiannya, rakyat Malaysia masih terus menghidupkan legasinya, menjulang bakatnya dengan pelbagai anugerah, menamakan dewan, muzium dan bangunan lain sempena namanya.
Popularitinya merentasi peminat semua bangsa dan agama, dengan kepelbagaian seni persembahannya memenangi hati penonton.
Filem klasiknya termasuk komedi Ali Baba Bujang Lapok dan Madu Tiga, dan drama seperti Enam Jahanam dan Anakku Sazali yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: