Selasa, 21 Mac 2017

Bunga sakura tukar Kedah jadi Jepun

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Bunga sakura tukar Kedah jadi Jepun
Bagi sesiapa yang pernah merasai pengalaman bercuti ke Jepun dan Korea pada musim bunga pasti sudah melihat betapa cantiknya musim bunga sakura di sana. 


Sakura atau cherry blossom boleh dilambangkan sebagai simbol kepada musim bunga. Musim bunga sakura biasanya sangat pendek. 

Tempoh bunga ini berkembang mekar kebiasaanya ialah 5 ke 7 hari sahaja. Kebiasaanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka, bunga sakura ni akan mula berbunga mekar pada hujung bulan Mac setiap tahun dan akan berakhir pada awal bulan April.

Kat Malaysia pun ada juga musim bunga sakura ni. Sekarang kat Kedah bunga sakura atau lebih dikenali di sini dengan nama bunga Tecoma. Pokok ni pula lazimnya akan mengeluarkan bunga pada bulan Februari dan Mac.

Kalau lalu tepi jalan tu memang cantik sangat tengok pokok bunga ni yang ada warna merah jambu, putih dan merah. Cuaca panas pun rasa sejuk je bila tengok bunga ni gugur. 


Landskap bandar raya Alor Setar sekelip mata berubah apabila pokok tekoma atau pun nama saintifiknya tabebuia rosea mula mekar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu putih sejak awal minggu ini.

Tinjauan mendapati beberapa jalan utama di bandar raya ini mula dipenuhi dengan bunga-bunga tekoma seperti di Jalan Langgar, Jalan Kuala Kedah, Jalan Putra dan Jalan Sultan Badlishah.


Malah ia turut menjadi tumpuan pengunjung untuk mengabadikan kenangan dalam pelbagai aksi dan gaya yang cukup mencuit hati.

Pengunjung dari Ipoh, Perak, Salbiah Shuib, 34, berkata, beliau mengetahui mengenai fenomena itu melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Facebook sebelum tergerak hati untuk berkunjung ke Alor Setar.

"Saya merasakan Alor Setar boleh jadi kawasan tumpuan pelancong lebih ramai sekiranya ada promosi lebih banyak, buatlah pakej pelancongan yang menarik," katanya.
-utusan online

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: