Isnin, 30 Januari 2017

Puteri Diana Balik Semula Ke Istana Kensington

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Puteri Diana Balik Semula Ke Istana Kensington

Puteri Diana bersama dengan Putera William dan Putera Harry semasa kecil. -
LONDON - ENGLAND. Puteri Diana bakal pulang ke 'rumahnya' tidak lama lagi dan melihat anak-anak dan cucu-cucu kesayangannya sempena ulang tahun ke 20 kematiannya lapor Enews!.

Apa yang dimaksudkan ialah sebuah patung Puteri Wales itu yang akan didirikan di Istana Kensington atas permintaan anak mendiang, Putera William dan Putera Harry.

"Sudah 20 tahun sejak kematian ibu kami dan ini merupakan masa yang tepat untuk mengingati beliau, dengan adanya patung itu, seluruh dunia dapat merasakan kesan positifnya.

"Ibu kami menyentuh ramai orang, oleh itu kami mengharapkan agar dia akan terus berbuat demikian dengan adanya patung tersebut apabila orang ramai datang melawat ke sini," kata William dan Harry dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Kensington.

Puteri Diana terkenal dengan kerja-kerja amal di seluruh dunia maut dalam kemalangan di Paris pada Ogos 1997 selepas dikejar oleh paparazi.

Walaupun sebahagian daripada istana ini terbuka kepada orang ramai, kompleks tersebut turut memuatkan rumah putera diraja itu.

Putera Harry tinggal bersendirian manakala Putera William tinggal di sebuah pangsapuri bersama dengan isterinya, Kate Middleton dan anak-anak mereka, Putera George, 3 tahun dan Puteri Charlotte, 1 tahun.

Sementara itu, Puteri Diana juga pernah tinggal di salah sebuah pangsapuri tersebut dan membesarkan anak-anaknya di sana walaupun sudah bercerai dengan Putera Charles.

Dalam satu kenyataan lain pula, William dan Harry telah menubuhkan satu jawatankuasa iaitu persendirian dan komisyen untuk mengumpul dana pembuatan patung tersebut.

"Jawatankuasa ini akan memberi nasihat tentang pemilihan pemahat dan akan bekerjasama dengan Pemasang Patung Istana Diraja untuk meletakkannya di taman-taman awam istana," katanya lagi.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: