Sabtu, 14 Januari 2017

Kisah Di Sebalik Keayuan Pramugari China

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Kisah Di Sebalik Keayuan Pramugari China

Kumpulan pramugari China ini menunjukkan tugas mereka bukanlah semudah disangka apabila terpaksa menjalani latihan ala tentera.
Gambar dirakam pada sesi latihan di Akademi Penerbangan Awam Chengdu menunjukkan sekumpulan wanita dari Kolej Penerbangan Chengdu East Star melalui pelbagai cabaran intensif bertujuan membantu mereka bersedia menghadapi sebarang keadaan kecemasan ketika dalam penerbangan.
Kira-kira 20 wanita itu antara lain dilihat merangkak di dalam air selain mengangkat kayu balak.

Riak wajah mereka menggambarkan pelbagai perasaan, dari penat hinggalah melucukan.
Kumpulan wanita itu terpilih menjadi pegawai keselamatan udara selain sebagai pramugari.
Pelbagai gambar menunjukkan mereka bergelut di dalam air yang berlumpur dan melakukan pelbagai latihan pertempuran.
Wanita terbabit yang berpakaian celoreng sepanjang latihan turut dipaksa berlari, melompat dan melakukan pelbagai aksi tangkas lain.
Bakal pramugari berkenaan juga diuji kecekapan dan kemahiran khusus dalam berdepan pengganas serta keadaan kecemasan lain.
Latihan itu memastikan bakal pramugari ini cukup terlatih untuk menangani penumpang yang sukar dikawal atau bertindak ganas.
Pada akhir latihan intensif itu, kumpulan wanita berkenaan kembali memakai seragam pramugari untuk sesi penggambaran yang menampilkan keayuan mereka di hadapan pesawat.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: