Ahad, 20 Disember 2015

Rumah Comel Di FELDA Jengka 14, Pahang Ini Persis Istana Taj Mahal

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Rumah Comel Di FELDA Jengka 14, Pahang Ini Persis Istana Taj Mahal

BALKONI di tingkat dua mempunyai sentuhan tampil dengan konsep sentuhan Arab dan istana lama Eropah. 

Keperluan seharian dalam hidup juga turut mendorong kita untuk lebih prihatin dan kreatif dalam menyusun atau mereka bentuk rumah yang menarik sebagai syurga kehidupan keluarga.

Peluang mengunjungi kediaman seorang usahawan berjaya di FELDA Jengka 14, Pahang, baru-baru ini antara pengalaman bermakna buat penulis.

Bagaikan tidak percaya wujudnya sebuah rumah ‘comel’ dengan reka bentuk ala Disneyland di tanah rancangan itu.

Difahamkan, binaannya yang unik dan sangat berbeza dengan kediaman lain sering menarik perhatian sesiapa saja yang lalu kerana berminat untuk melihatnya secara dekat.

Ia memperlihatkan keindahan seni yang amat jarang ditemui dan binaannya amat mempersonakan.

Menurut pemilik kediaman, Mohd Rafi Ikramuddin, 42, ilham untuk mereka bentuk rumah ala Disneyland bercirikan binaan istana lama termasuk unsur Islam itu bersesuaian dengan kerjayanya sebagai kontraktor.
Mohd Rafi berkata, bukan sekadar meniru olahan dari dunia Disneyland, tapi turut mengambil kira binaan Taj Mahal di Agra, India. Lambang kasih Shah Jahan terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.

“Ada ciri-ciri binaan istana Taj Mahal seperti seni ukiran kecil di beberapa bahagian rumah, tiang, pintu gerbang dan kubah.

“Saya adunkan kedua-dua seni bina ini kerana ia sebenarnya ‘menterjemahkan’ minat saya dalam bidang berkenaan pada kediaman sendiri. Saya sesuaikan dengan gaya moden kontemporari tanpa menghilangkan identiti asal,” katanya.

Mohd Rafi juga menggunakan sentuhan kawasan peranginan Bukit Tinggi, Colmar Tropicale, Bentong, yang menampilkan seni bina Perancis kerana ia nampak begitu menarik.

SUSUN atur ruang tamu yang eksklusif.

“Saya antara peminat seni ukiran barangan lama dan gemar membeli pelbagai koleksi ukiran termasuk istana lama, tabung, kedai mainan yang rekaannya seperti istana lama.

“Semua itu menambahkan lagi minat saya untuk membina kediaman bagaikan alam fantasi,” katanya yang turut mendapat sokongan moral isteri, Dalila Ahmad, 37.

Menurutnya, dia merombak semua bahagian rumah asal dan ‘mengolah’ sendiri kerana dari awal lagi dia mahukan sesuatu yang berbeza selain didorong kerjayanya dalam bidang pembinaan.

“Alhamdulillah, dalam tempoh satu setengah tahun, kediaman tiga tingkat ini siap juga akhirnya tetapi beberapa ruang di bahagian dalam masih memerlukan penambahbaikan untuk disesuaikan dengan gaya Disneyland di bahagian luar.

“Saya membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk menyiapkan rumah dan harganya jika dikira tidaklah terlalu tinggi kerana semuanya terhasil dari ‘air tangan’ saya sendiri.

“Ibarat ‘one man show’, sayalah arkitek dan sayalah pekerja. Saya juga menggunakan bahan mentah yang dikeluarkan kilang batu bata, kilang meja dan tiang roman milik sendiri, secara tidak langsung menjimatkan kos kewangan berbanding menggunakan khidmat kontraktor binaan lain,” katanya.
KEDIAMAN ala Disneyland menjadi tumpuan.

Sebaik melepasi pintu gerbang di halaman rumahnya, Mohd Rafi ‘membarisi’ bahagian kiri dan kanan laluan dengan pelbagai tanaman bunga sama ada di atas tanah atau dalam pasu bagi memperindahkan seni taman ‘teratak Disneyland’ itu.

Kelihatan putih mewarnai hampir semua 20 pasu yang diilhamkan daripada filem Cinderella versi moden.
Ia bagi menimbulkan rona sekata dengan rona hijau yang melapisi dinding kediaman itu.

“Hanya dua warna utama iaitu hijau muda dan putih digunakan dalam mewarnai dinding rumah, tiang seri, pintu gerbang serta pasu bunga,” katanya yang menyiapkan kediaman itu tujuh tahun lalu.

Bukan sekadar pelbagai spesies pokok bunga mewarnai penataan landskap, malah satu sangkar menempatkan beberapa jenis burung dan ayam serama pelbagai baka turut disediakan pada bahagian kanan rumah bersebelahan sebuah wakaf.

Sementara pada bahagian kirinya pula, sebuah bilik kecil yang dijadikan stor simpanan barang lama.
Pintu gerbang utamanya diukir lambang batu permata menggunakan gabungan putih dan hijau sementara empat pintu gerbang kecil rona putih diserikan dengan ukiran gaya Arab juga menjadi pilihan untuk dekorasi landskapnya.

Menurutnya, kebanyakan idea membina pintu gerbang dalam dua saiz ini diperoleh menerusi pembacaan buku berkaitan istana dan rumah lama termasuk di Jordan dan India.
MOHD Rafi dan Dalila bergambar di hadapan kediaman mereka. 


Meneliti bahagian dalam kediaman ini, mata terpukau melihat koleksi barangan antik berwarna putih dalam almari kayu pada bahagian kiri jam gergasi selain perhiasan unik lain.

Ruang tamu yang luas membolehkan pemilik meletakkan dua set sofa moden dan satu daripadanya sofa ala Inggeris.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

2 ulasan:

Unknown berkata...

Betul macam istana Disneyland. Cantik

kak tie berkata...

teringin juga kesini kan?