Khamis, 26 November 2015

Ekin Takut Bila Mawi Marah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Ekin Takut Bila Mawi Marah

Manisnya rumah tangga yang dibina bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF), Asmawi Ani atau mesra disapa Mawi dan Ekin apabila diselit dengan anugerah terindah, Cahaya Malaika.

Hidup berumah tangga ada masanya tergigit lidah. Awal perkahwinan Ekin akan cepat terasa dan melenting. Tapi sebab dah selalu tengok sikap Mawi yang cool dan diamkan diri jika marah, automatik Ekin pun terikut sikap suaminya itu.

Jelingan manja walau rumah tangga kadang diuji...

“Kalau Mawi marah, dia akan diam. Sudahnya kalau marah saya pun akan diam juga. Akhirnya kami akan sama-sama diam. Tapi saya ngeri juga kalau Mawi terlampau marah kerana dia akan ‘meletup’,” kata Ekin yang sentiasa mengelak daripada berlaku pertelingkahan yang boleh menjejaskan hubungan.

Berkongsi mengenai suaminya, kata Ekin, Mawi ada sifat boleh memaafkan dan menerima seseorang itu biarpun orang itu pernah berbuat salah kepadanya.

“Mawi biasanya akan menyapa secara selamba dan menyalami serta boleh berbual-bual dengan pihak yang berbuat salah kepadanya.

Kadang kala, saya pelik dengan perangainya. Orang kutuk ke, orang propa ke tapi Mawi boleh ‘cool’ saja melayan mereka semua.

Siap salam dan borak lagi. Kalau saya mungkin dah lama saya angkat kaki tetapi Mawi memang cool orang,” kata Ekin yang menyifatkan suaminya itu seorang yang cukup matang.

Tambah Ekin, apa yang dikagumi tentang sikap suaminya itu, selain kematangan ditunjukkannya, Mawi juga seorang yang suka duduk di rumah dan tidak keluar melepak.
Bagaimana pula soal tambah anak?

Kata Ekin, mereka tak merancang tapi dia serahkan segalanya kepada Allah untuk zuriat seterusnya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: